G-452-002-2/3:2018
Automotif - Perkhidmatan Pembaikan Kenderaan Ringan Servis Diagnostik Kenderaan Ringan
Sistem Penilaian
30% Teori 70% Amali
Tempoh
Tahap 2: 7 Bulan
Tahap 3: 10 Bulan
Kampus
Noble School of
Engineering
Prospek Kerjaya
Juruteknik Kenderaan Ringan Tenaga Pengajar Usahawan Bengkel
Maklumat Program
Program ini dilaksanakan kepada para perantis muda dengan pendedahan hands-on kepada suasana kerja sebenar merangkumi sistem pentadbiran keselamatan bengkel, pengurusan sistem engin, sistem brek, sistem penyejukan, sistem transmisi, sistem elektrikal kenderaan, sistem gantungan, sistem penjajaran roda dan sistem penghawa dingin kenderaan.
Para perantis juga diberi latihan secara meluas mengenai penggunaan teknologi Scan Tools / latihan khidmat nasihat kepada pengguna kenderaan / penerapan Soft Skills / jati diri kepada semua perantis untuk menghasilkan k-workers / berkompeten dan berpendapatan tinggi setelah tamat latihan.
Objektif Latihan
Program ini adalah sebagai platform untuk melahirkan bakal pekerja mahir di dalam bidang automatif sejajar dengan Polisi Automotif Nasional (NAP) 2020 yang telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Bin Mohamad. Beliau telah menegaskan bahawa Industri Automotif telah menjadi antara penyumbang utama ekonomi Malaysia sejak pelancaran kereta nasional pertama pada tahun 1983 dan memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi di dalam bidang tersebut untuk berdiri setaraf dan berdaya saing dengan industri luar.
Menyediakan latihan berasaskan standard NOSS Jabatan Pembangunan Kemahiran / JPK – Kementerian Sumber Manusia / Kolaborasi Industri dan Modular bersesuaian kepada semua peringkat tenaga kerja sejajar dengan kehendak Industri / Negara untuk melahirkan K-Pekerja.
Sentiasa meningkatkan kualiti latihan dengan mengadakan pelbagai penerokaan bagi memastikan para graduan yang tamat latihan mudah dipasarkan / kenaikan pangkat semasa bekerjaya.
Kandungan Silibus
Sukatan silibus diadaptasikan daripada program NOSS Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Kandungan kurikulumnya adalah seperti berikut:
TAHAP 2
- Vehicle Workshop Housekeeping
- Vehicle Engine Service
- Vehicle Engine Overhauling
- Vehicle Brake System Service
- Engine Cooling System Replacement
- Rear / Front Axle Rectification
- Exhaust System Rectification
- Vehicle Electrical & Electronic System Service
- Vehicle Steering, Suspension and Wheel System Service
- Automatic Transmission / Transaxle Unit Overhauling
- Manual Transmission / Transaxle Unit Overhauling
TAHAP 3
- Automative Workshop Supervision
- Engine Management System (EMS) Diagnostic
- Anti-lock Braking System (ABS) Replacement
- Supplementary Restraint System (SRS) Airbag Parts & Components Replacement
- Vehicle Electrical & Electronic System Diagnostic
- Turbocharger / supercharger System Diagnostic
- Vehicles Wheels, Steering and Suspension Diagnostic
- Vehicle Heated Ventilation Air Conditioning (HVAC) Diagnostic
- Automatic Transmission / Transaxle Diagnostic
- Manual Transmission / Transaxle Diagnostic
Kejuruteraan Automotif
Noble School tergolong di dalam Kolej Kemahiran yang berdaftar dan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Perbadanan Tabung Kemahiran (PTPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
