F432-005-2:2019s
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa
Sistem Penilaian
30% Teori 70% Amali
Tempoh
Tahap 2: 12 Bulan
Tahap 3: 12 Bulan
Kampus
Noble School City Campus
Prospek Kerjaya
Jurutektik Elektrik
Juruteknik Pengeluaran
Maklumat Program
Kursus ini bakal memberikan pendedahan mengenai teori dan amali reka bentuk pemasangan & pengujian elektrik. Silibus yang dimuatkan ialah mengenai peraturan / akta-akta elektrik / penggunaan alat uji, sistem pendawaian, pembumian dan perlindungan litar, pengujian dan perancangan pendawaian bagi elektrik satu fasa. Selain itu pelatih akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran pendawaian elektrik tiga fasa domestik dan industri, pemasangan dan senggaraan sistem elektrik, pemasangan dan kawalan motor elektrik. Modul latihan adalah berasaskan kepada Piawaian Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan Suruhanjaya Tenaga dan Supervisory (Tahap-3) yang digubal oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran bersama pihak Industri Malaysia.
Objektif Latihan
Program ini bakal memberikan pendedahan mengenai teori dan amali reka bentuk pemasangan / pengujian elektrik. Silibus yang dimuatkan ialah mengenai peraturan / akta-akta elektrik / penggunaan alat uji, sistem pendawaian, pembumian dan perlindungan litar, pengujian litar bagi elektrik satu / tiga fasa. Building Automation System (BAS) akan dijalankan semasa Tahap 3 untuk memberi pendedahan mengenai Building Operation Maintenance (BOM) yang memenuhi kehendak industri.
- Memberikan program keperluan industri / Industrial Need Program kepada setiap pelatih untuk memenuhi kehendak industri selain menjalani latihan berdasarkan NOSS yang telah dibekalkan oleh pihak JPK.
- Mewujudkan lebih banyak kolaborasi bersama industri untuk membantu kekurangan pekerja-pekerja mahir di dalam industri elektrikal dan memberikan peluang bekerjaya kepada pelatih selepas tamat latihan.
Kandungan Silibus
Sukatan silibus diadaptasikan daripada program NOSS Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Kandungan kurikulumnya adalah seperti berikut:
TAHAP 2
- Single Phase Drawing
- Single Phase Wiring
- Single Phase System Maintenance
- Single Phase Motor & Motor Control
TAHAP 3
- Three Phase Drawing
- Three Phase Wiring
- Three Phase System Maintenance
- Three Phase Motor System Installation
- Three Phase Wiring Testing & Commissioning
- Electrical Building Automation System Installation
- Electrical Installation & Maintenance Supervisory
Kejuruteraan Elektrik
Noble School tergolong di dalam Kolej Kemahiran yang berdaftar dan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Perbadanan Tabung Kemahiran (PTPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
