MC-091-2/3:2016

Kejuruteraan Mekatronik / Perkhidmatan Kejuteraan Automasi Industri & Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri

Sistem Penilaian

30% Teori 70% Amali

Tempoh

Tahap 3: 6 Bulan

Kampus

Noble School of
Engineering

Prospek Kerjaya

Jurutektik Elektrik
Juruteknik Pengeluaran

Maklumat Program

Perkhidmatan Kejuruteraan Mekatronik / Perkhidmatan Kejuruteraan Automasi Industri & Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri merupakan bidang latihan kemahiran di peringkat teknologi tinggi, sesuai kepada pelajar / belia lepasan SPM di dalam penerokaan kerjaya yang menjurus kepada Industri 4.0.

Kursus ini merupakan gabungan daripada teknologi elektronik dan mekanikal dengan memberikan penekanan kepada sistem automasi dan pengunaan asas robotik secara meluas.

Selain daripada memberi penekanan di dalam pengunaan pelbagai sistem hidarulik / elektro hidraulik pneumatic / elektro pneumatik, sistem elektrik dan elektronik, pelatih akan didedahkan mengenai pengubahsuaian dan mempertingkatkan sistem serta peralatan yang digunapakai di dalam industri pemprosesan / pembuatan dan lain-lain industri berkaitan.

Objektif Latihan

Negara Malaysia meletakkan sasaran yang tinggi di dalam sektor pembuatan yang mempunyai perkembangan pada kadar 5.65% setahun dan menyumbang 28.5% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2020 dan jumlah pelaburan adalah sebanyak RM412.2 billion berdasarkan Pelan Induk Perindustrian Keliga – PIP3. Kejuruteraan Automasi Industri merupakan salah satu keperluan terpenting di dalam Pelan Induk Perindustrian Keempat – PIP4 yang memfokuskan kepada Revolusi Industri 4.0. Program ini akan melahirkan pekerja berkemahiran teknikal, berintensif pengetahuan dan terlatih di dalam bidang ICT dan Automasi. Penggunaan sistem automasi seperti hidraulik, PLC, elektrik dan robotik di dalam modul latihan program ini telah memenuhi kehendak industri yang berkenaan.

  • Melatih belia-beliawanis / pelajar lepasan persekolahan dan juga pekerja sedia ada di dalam bidang kejuruteraan automasi & ICT.
  • Menyediakan platform latihan yang memenuhi kehendak industri tempatan untuk mengelakkan kejutan budaya semasa bekerja.
  • Memberi penekanan yang lebih kepada penggunaan peralatan dan mesin yang berteknologi tinggi dan terkini.

Kandungan Silibus

Sukatan silibus diadaptasikan daripada program NOSS Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Kandungan kurikulumnya adalah seperti berikut:

TAHAP 2

  • Industrial Automation Engineering Drawing
  • Industrial Automation Fundamental Control Programming
  • Industrial Automation Fabrication
  • Industrial Automation Sub-assembling
  • Industrial Automation Systems Servicing

Kejuruteraan Automasi

Noble School tergolong di dalam Kolej Kemahiran yang berdaftar dan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Perbadanan Tabung Kemahiran (PTPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia.