MC-024-3:2012
Kejuruteraan Kimpalan Arka Kepingan Logam / Shielded Metal Arc Welding
Sistem Penilaian
30% Teori 70% Amali
Tempoh
Tahap 3: 18 Bulan
Kampus
Noble School of Engineering
Prospek Kerjaya
Jurukimpal
Penolong Jurukimpal
Grinder / Fitter
Maklumat Program
Pelatih akan dilatih untuk mengimpal berdasarkan modul latihan yang direka bentuk melalui kombinasi pengalaman di dalam industri yang sebenar berserta teori yang meliputi pelbagai peringkat kemahiran bagi kerja-kerja kimpalan yang melibatkan memotong dan mengimpal logam, keluli karbon (carbon steel), aluminium dan sebagainya. Proses ‘Shielded Metal Arc Welding’ (SMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW), Flux Core Arc Welding (FCAW) memberikan prospek kerjaya yang meluas dalam pelbagai sektor industri sama ada sektor perkilangan, pembinaan, perkapalan, mahupun pemasangan mesin / jentera. Di samping itu, kami turut menyediakan program tambah nilai Welding Qualification Test (WQT) bagi memastikan perantis mampu bersaing sama ada di pasaran tempatan / antarabangsa.
Objektif Latihan
Menerusi program kimpalan arka kepingan logam ini, pelatih-pelatih akan diberikan penekanan lebih kepada industri Oil & Gas dan Perkapalan yang merupakan antara industri berat dan menjanjikan gaji yang lumayan berbanding industri lain. Setiap projek yang dihasilkan oleh pelatih akan diperiksa melalui pelbagai kaedah termasuk secara visual, Bend Test dan Dye Penetration Test untuk memastikan kualiti kerja oleh pelatih sebelum menceburkan diri ke dalam industri yang telah terpilih. Program ini juga mampu untuk menambah peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan di dalam industri berat.
Memberikan program keperluan industri / Industrial Need Program kepada setiap pelatih untuk memenuhi kehendak industri selain menjalani latihan berdasarkan NOSS yang telah dibekalkan oleh pihak JPK.
Mewujudkan lebih banyak kolaborasi bersama industri untuk membantu kekurangan pekerja-pekerja mahir di dalam industri kimpalan dan memberikan peluang bekerjaya kepada pelatih selepas tamat latihan.
Kandungan Silibus
Sukatan silibus diadaptasikan daripada program NOSS Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Kandungan kurikulumnya adalah seperti berikut:
TAHAP 3
- Shielded Metal Arc Welding (SMAW) For Fillet Weld 1F, 2F, 3F, 4F, Butt Weld 1G and 2G
- Shielded Metal Arc Welding (SMAW) For 3G and 4G
- Shielded Metal Arc Welding (SMAW) for 5G and 6G (up-hill and down-hill)
Kejuruteraan Kimpalan
Noble School tergolong di dalam Kolej Kemahiran yang berdaftar dan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Perbadanan Tabung Kemahiran (PTPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
