HT-012-2/3:2012
Penyediaan & Pembuatan Makanan
Sistem Penilaian
30% Teori 70% Amali
Tempoh
Tahap 2: 9 Bulan
Tahap 3: 12 Bulan
Kampus
Noble School City Campus
Prospek Kerjaya
Commis
Kitchen Helper
Chef
Maklumat Program
Penyediaan dan Pembuatan Makanan merupakan program nutuk menyediakan pelatih memenuhi permintaan sektor hospitaliti / industri pelancongan dan makanan di Malaysia / Antarabangsa. Kursus ini meliputi kemahiran dan pengetahuan asas seperti kebersihan, keselamatan di dapur sehingga kepada perancangan menu katering untuk sesebuah majlis. Pelatih juga diajar pelbagai jenis masakan Asia dan Barat mengikut modul berpandukan NOSS – JPK yang kondusif melalui sesi pembelajaran yang menarik di dalam pengawasan tenaga pengajar / chef profesional yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia.
Objektif Latihan
Program ini akan melahirkan pekerja mahir di dalam bidang Penyediaan dan Pembuatan Makanan bagi memenuhi permintaan sektor hospitaliti / industri pelancongan dan makanan di Malaysia. Pelatih juga dapat menjadi usahawan muda yang menjalankan perniagaan sendiri bergantung kepada kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh sepanjang tempoh latihan di Noble School City Campus.
- Menyediakan latihan berasaskan standard NOSS Jabatan Pembangunan Kemahiran / JPK – Kementerian Sumber Manusia / Kolaborasi Industri dan Modular bersesuaian kepada semua peringkat tenaga kerja sejajar dengan kehendak Industri / Negara untuk melahirkan K-Pekerja.
- Sentiasa meningkatkan kualiti latihan dengan mengadakan pelbagai penerokaan bagi memastikan para graduan yang tamat latihan mudah dipasarkan / kenaikan pangkat semasa bekerjaya.
- Menerapkan pengetahuan dan latihan berasaskan keusahawanan untuk pelatih menjalankan perniagaan sendiri selepas tamat latihan.
Kandungan Silibus
Sukatan silibus diadaptasikan daripada program NOSS Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Kandungan kurikulumnya adalah seperti berikut:
TAHAP 2
- Hygiene, Kitchen Safety & Food Handling
- Cooking Technique
- Stock, soups & hot sauce production
- Main course production
- Rice & Farinaceous Production
- Appetizer Production
- Breakfast Production
- Dessert Production
- Catering set-up activities
TAHAP 3
- Hygiene, Kitchen Safety & Food Handling
- Food Production Quantity & Quality Control
- Catering Activities Coordination
- Supervisory Administrative Function
Penyediaan & Pembuatan Makanan
Noble School tergolong di dalam Kolej Kemahiran yang berdaftar dan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Perbadanan Tabung Kemahiran (PTPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
